Tuesday, August 31, 2010

Grand Iftor PERDANA

Assalamualaikum & salam perdana,


Pakat-pakat maghi blako deh...

4 ME & 4 U

Monday, August 30, 2010

Monday, August 16, 2010

Gerai Ramadhan PERDANA

Assalamualaikum & salam perdana,

Ramadhan Kareem, Marhaban Ya Ramadhan...

Insyaallah bermula malam ini, Isnin, 16 Ogos 2010, Lajnah Ekonomi PERDANA UIAM akan membuka GERAI RAMADHAN di Female Entrance Masjid UIAM. Gerai akan dibuka selepas 8 rakaat Solat Sunnah Tarawih dalam lingkungan jam 10 malam hingga 11.30 malam.

Oleh itu, PERDANA menjemput dan mengajak sahabat-sahabat sekalian khususnya warga UIAM dan khususnya anak-anak Kelantan untuk sama-sama menziarahi GERAI RAMADHAN PERDANA sambil membantu ekonomi PERDANA. Insyaallah dengan ekonomi yang baik, PERDANA akan terus dapat berbakti untuk menjaga kebajikan dan tarbiyah anak-anak Kelantan di UIAM.

Ayuh sama-sama kita membantu kestabilan ekonomi PERDANA...

4 Me & 4 U

Friday, August 13, 2010

Tahniah Kerajaan Tuan Guru

Assalamualaikum & salam perdana,

Tahniah Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas perkenalan terhadap sistem ekonomi Islam.

Kelantan Lancar Matawang Syariah Dinar, Dirham

Kelantan berhasrat menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas dan perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham.

NONEMenteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah menjadi hasratnya untuk melihat Kelantan mempelopori penggunaan mata wang syariah dalam semua urusniaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, masih banyak soal teknikal yang perlu diatasi oleh kerajaan negeri sebelum dapat melaksanakannya.

"Kita bercadang mengamalkan semua urusniaga dan membayar gaji kakitangan menggunakan mata wang syariah, iaitu dinar emas dan dirham ini secara menyeluruh tidak lama lagi," katanya pemberita selepas majlis pelancaran dinar emas di Kota Bharu, hari ini.

Dinar emas dan dirham itu dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade (KGT) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

NONESimbolik kepada majlis pelancaran itu, Nik Abdul Aziz menyerahkan dinar emas kepada Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Mustapha Salleh bagi pembayaran gaji kepada kakitangannya untuk bulan ini.

Nik Abdul Aziz, yang juga Pengerusi PMBK berkata, sehingga ini lebih 1,000 peniaga bersetuju menggunakan emas dinar dan dirham sebagai mata wang alternatif untuk berurusniaga di premis mereka.

Selain itu, Tabung Haji dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bersetuju menjadi ejen dan menerima mata wang syariah itu untuk berurusniaga.

Beliau berkata, tidak ada sebab urusniaga mengunakan mata wang syariah ini tidak boleh diamalkan di negeri ini kerana penggunaannya telah diamalkan sebelum kejatuhan Kerajaan Othmani di Turki.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan semua pihak menggunakan mata wang syariah itu secara menyeluruh dan bukan untuk negeri ini sahaja.

- Bernama

4 ME & 4 U

Monday, August 9, 2010

Tiket Balik Raya

Assalamualaikum & salam perdana ,



4 ME & 4 U


Sunday, July 18, 2010

Malam Sua Muka Anok-anok Klate (SMAK)

Assalamualaikum & salam perdana ,



4 ME & 4 U

Thursday, June 17, 2010

Bala Najib Di Kelantan

Assalamualaikum & salam perdana ,

Kehadiran PM 1Malaysia di Negeri Kelantan sangat mendapat malu besar dan kesan buruk kepada reputasinya . Najib yang dipulau oleh Kerjaan Negeri dek kerana penganjur Kelantan Fiesta 2010 idak mematuhi janji turut dipulau oleh rakyat Serambi Mekah ini . Berikut adalah kupasan dari akhbar alam maya :

Mustapa ganti Najib rasmi Kelantan Fiesta 2010

KOTA BHARU, 16 Jun: Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib.

Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Ini menyebabkan sistem pembesar suara gagal berfungsi yang memaksa Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan loud hailer.

Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap.

Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.

Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung.

Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.

Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan ‘atas sebab-sebab tertentu’ di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu.

Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan bunting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia.

Harakahdaily-


4 ME & 4 U