Kerajaan Kelantan akan memperkenalkan program perumahan bagi menempatkan penduduk tempatan atau dari luar negeri yang berkonsepkan 'pondok pelancongan', kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata program baru berkonsepkan pondok pelancongan ini berbeza dengan inap desa kerana penghuni boleh membeli dan mendiaminya dengan harga berpatutan untuk menuntut ilmu agama sebagai pemastautin tetap di situ sehingga ke akhir hayat.
Bagaimanapun, peserta tidak boleh menjadikan harta yang dimiliki dan dibeli itu sebagai pusaka apabila meninggal dunia.
Rangka pelan pembangunan projek itu sedang diperincikan sebelum dilaksanakan dalam tempoh terdekat, katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini selepas merasmikan perayaan Hari Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Balai Islam, Lundang.
Nik Abdul Aziz berkata tanah bagi tapak pembinaan projek itu sudahpun dikenal pasti di Kampung Kandis, Bachok, bagaimanapun keluasan dan kos pembinaan sedang diperincikan.
Selain itu, beliau juga bercadang memasukkan Pasti dalam kalendar lawatan ke Kelantan bagi membolehkan masyarakat dari luar negeri ini mempelajari kaedah pembelajaran dan pengajaran di pusat asuhan itu.
Nik Abdul Aziz turut meminta para dermawan supaya menghulurkan sumbangan kepada Pasti bagi membantu pusat itu menjalankan aktivitinya.
Tarikh : 5 Mei 2010 (Hari ini) Masa : 8.45pm-11.00pm Tempat : Auditorium A Kuliyah of Engineering
Pengisian :
1) Ucapan 2) Tayangan Khas 3) Jamuan
Dijemput kepada semua pelajar Kelantan yang berada di UIAM Gombak dan juga sekitar UIAM Gombak untuk hadir bersama-sama pada malam ini untuk memeriahkan lagi perjumpaan pertama PERDANA pada semester pendek kali ini .
HUBBUKA YA RASULULLAH CAMPAIGN : Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu) Masa : 5.00pm-9.00pm Tempat : Masjid Negara
Kehadiran: Habib Umar Hamid Al-Gailani Syed Abbas Bin Alawi Al-Maliki Prof. Dr. Ahmad Obaid Al-Kubaisi Maulana Syeikh Afeefuddin Al-Jailani Habib Hassan Bin Mohamed Salim Al-Attas Prof Ahmad Umar Hashim Dr Muhammad Uthman El-Muhammady
Insyaallah , semua sahabat dijemput untuk sama-sama hadir dalam majlis yang mulia ini . Semoga mendapat nilaian di sisi Allah dan RasulNya .
Konsert Amal Save Palestine bersama Shoutul Harakah pd 23/4/2010 di Balai Islam , Lundang pada pukul 8.30 pm-11.30 pm .Dapatkan tiket pelajar & mahasiswa dgn harga rm10 ,dewasa : rm20. Untuk maklumat lanjut , sila hubungi Nurfarizan Ramli 0196453447 .
Sama-sama kita jayakan , berhibur sambil beramal .
PERDANA merupakan singkatan untuk Persatuan Darul Naim . PERDANA adalah satu persatuan yang ditubuhkan khas untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar Kelantan yang berada di kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) . PERDANA seperti makluman umum didaftarkan terus bawah Markaz Siswazah Kelantan (MSK) yang berpusat di Kota Bharu , Kelantan .
MSK menghimpunkan seluruh mahasiswa Kelantan di setiap pelosok dunia . MSK yang dinaungi kerajaan Negeri Kelantan sendiri menjadi pemantau setiap aktiviti yang dijalankan oleh persatuan mahasiswa Kelantan di setiap kampus termasuk PERDANA .
Justeru , PERDANA antara persatuan anak negeri yang bergerak paling aktif di UIAM diteruskan dari generasi ke generasi .
Sebarang pandangan atau kritikan atau cadangan boleh disalurkan terus melalui pimpinan PERDANA atau melalui kiriman e-mail ke perdanauiam@yahoo.com .