Sunday, October 31, 2010

Selamat Ber'Final Exam' Kepada Semua Anok2 Klate di UIAM

Assalamualaikum & salam perdana,



SEMOGA BERJAYA !!!

ALL DA BEST,

ANOK2 KLATE BIJOK2 BELAKO,

AMIN...

4 ME & 4 U

Friday, October 29, 2010

Kaba dop kito...ado ore fitnah puok2 kito di Galas????

PR Perak Kutuk Kempen Serangan Calon Di Galas
Posted on Thursday, October 28 @ 20:01:32 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih


Oleh Drs. Khalil Idham Lim

Berhubung dengan kempen menyerang calon PAS dan DAP yang cuba dimainkan dalam kempen BN di DUN Galas. Sehubungan dengan itu, Sekretariat Pakatan Rakyat Perak suka untuk memberi beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Pakatan Rakyat Perak membantah tindakan BN yang berkempen dengan menyerang calon PAS dengan tuduhan palsu bahawa calon PAS pernah ditangkap khalwat dan terbaru memperlekeh calon PAS dengan mengatakan Dr Zulkefli kelihatan obese.

2. Pakatan Rakyat Perak juga membantah dengan sekeras-kerasnya tulisan di banner dengan mengatakan sebagai merujuk kepada laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh". Meskipun semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran supaya semua pihak tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka, namun PAS mendakwa lawannya telah memulakan serangan dengan isu agama dan isu tersebut sudah lapuk.

3. Sekterariat Pakatan Rakyat Perak menegaskan bahawa BN sudah tidak ada modal berkempen dengan memainkan isu yang sudah lapuk dan tidak relevan pada waktu ini .

4. Pakatan Rakyat Perak menaruh harapan besar kepada semua jentera PAS supaya terus berkerja kuat bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat di N.45 DUN Galas dan semoga seluruh Jentera Pakatan Rakyat dapat terus berdepan bagi menangani tindakan kempen BN yang tidak bertamadun setiap kali pilihanraya

Kenyaaan Media 28 Oktober 2010

Drs. Khalil Idham Lim
Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak

4 ME & 4 U

Monday, October 25, 2010

Bekwoh Anok Klate

Assalamualaikum & salam perdana,


Sempena berakhirnya semester kali ini, PERDANA UIAM menganjurkan Bekwoh Anok Klate untuk perjumpaan terakhir anak-anak Kelantan di UIAM bagi semester ini.

Insyaallah sempena itu juga, PERDANA UIAM menganjurkan Solat Hajat dan Bacaan Yasin untuk menghadapi Ujian Akhir Semester.

Meraikan anak-anak Kelantan UIAM yang telah banyak memberi sokongan kepada PERDANA, insyaallah PERDANA menyajikan menu utama orang Kelantan, Nasi Kerabu Special, tiada bayaran dikenakan.

Boleh pakat2 ajok blako saing2 kito utk jamuan akhir semester ini=)

Tema pakaian : MERAH @ PINK

4 ME & 4 U

Friday, October 1, 2010

Klate Corner @ STABAZ

Assalamualaikum & salam perdana,



Tempat: Convest Hill

Masa: 10.00am - 10.30pm

No Gerai- G2B

Ajok blako saing2 klate kito...pakat2 bowok anok branok...kito serbu Klate Corner...

4 ME & 4 U

Saturday, September 18, 2010

Kelantan Perkenal Konsep ‘Anakku Anakmu’

Assalamualaikum & salam perdana,

KOTA BARU, 17 Sept — Kerajaan Kelantan menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri akan memperkenalkan konsep “Anakku Anakmu” bagi mengukuhkan komuniti di peringkat negeri.


Pengerusi Jawatankuasa berkanaan, Wan Ubaidah Wan Omar berkata langkah itu sebagai salah satu usaha kerajaan negeri dalam membendung gejala sosial, terutama kejadian buang bayi akibat pergaulan bebas membabitkan golongan remaja.


“Konsep yang diperkenalkan ini ‘Anakku Anakmu’ diharap dapat membendung kejadian-kejadian yang tidak diingini dan mengukuhkan lagi komuniti di peringkat negeri,” katanya kepada Bernama hari ini.


Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian sumbangan hari raya kepada fakir miskin dan orang kurang upaya Pertubuhan Isteri-isteri Menteri dan Pegawai Kerajaan (PENAWAR) Negeri Kelantan, di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini.


Menurutnya, konsep ini lebih menjurus kepada matlamat menjayakan konsep atau gagasan 1 Malaysia, yang diwar-warkan kerajaan.


Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kijang, menyarankan kerajaan membuat pemantauan dan kawalan lebih ketat terhadap media elektronik dan cetak daripada menyiarkan bahan-bahan yang boleh menjadi penyumbang kepada kegiatan gejala tidak sihat di kalangan masyarakat. — Bernama


Sumber : The Malaysian Insider

4 ME & 4 U

Allahuakbar! Tahniah Atas Pemasyhuran

Assalamualaikum & salam perdana,

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Perdana UIAM mengucapkan tahniah atas Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan.

Kami mahasiswa dan mahasiswi Kelantan di UIAM berasa berbangga dan bersyukur dengan pemasyhuran tersebut. Semoga dengan kehadiran Sultan Kelantan yang baru ini dapat membawa syiar Islam dengan lebih meluas.

Semoga Tuanku dipanjangkan umur dan dapat menjaga negeri Kelantan yang tercinta ini.

ALLAHUAKBAR!

4 ME & 4 U

Thursday, September 9, 2010

Perutusan Aidilfitri Presiden PERDANA UIAM

Assalamualaikum & salam perdana,


Bersesuai dengan Idulfitri pada kali ini saya dengan ini ingin mengucapkan Salam Idulfitri kepada semua warga Kelantan UIAM, terutama kepada barisan kepimpinan PERDANA dan jawatankuasa kerja semua. Salam Kemenangan kepada semua. Maaf Zahiriah dan Batiniah.

Sahabat dan Sahabiah sekalian,

Ramadhan yang kita lalui adalah sebuah sekolah yang mendidik kita dengan beberapa perkara. Antara subjek utama yang telah kita pelajari adalah sifat Taqwa, Ibadah kepada Allah Jalla wa ‘Alla,kesabaran, kasih-sayang dan sebagainya. Jadi disini izinkan diri ini dengan penuh kerendahan hati mengajak semua sahabat handai, rakan dan taulan untuk sama-sama kita teruskan momentum ibadah kita selepas Ramadhan,begitu juga dengan pengajaran i’tibar Ramadhan lain yang telah saya sebutkan. Terkadang kita hanya praktikkan perkara-perkara tersebut hanya pada Ramadhan sahaja, tetapi malangnya setelah berakhir Ramadhan, maka berakhir juga amalan. Ternyata kita beramal hanya kerana Ramadhan bukan tulus kerana Allah Jalla wa ‘Azza. Inilah yang perlu dibaiki. Ulama Tasawwuf yang antaranya Ibnu Rajab al-Hanbali, bilamana berakhirnya ramadhan mereka akan memperingatkan kata-kata ini : ((كن ربانيّ ولا تكن رمضانيّ)) maksudnya : jadilah orang yang beribadah kerana Tuhan bukan kerana Ramadhan.

Aidil Fitri sesungguhnya satu peluang dan ruang untuk kita kembali bersatu dibawah naungan ukhwah dan mahabbah sesama ummah. Konsep maaf-memaafkan yang diterapkan sempena Aidil Fitri perlulah dimaanfaatkan bagi kembali menjernihkan hubungan sekiranya terdapat kerengganan sebelumnya. Di atas dasar meraikan kenyataan Baginda SAW yang menerangkan bahawa : “Setiap anak Adam bersalah/melakukan kesalahan,sebaikkan orang bersalah adalah sesiapa yang memohon keampunan/bertaubat”. Ternyata setiap manusia biasa akan melakukan kesalahan,maka kita perlu memahaminya lantas tidak keberatan untuk mengucap maaf dan memaafkan.

Suka untuk saya kembali memperingatkan kalian tentang amalan-amalan di Aidil Fitri yang mungkin menjadi tazkirah kepada diri sendiri dan semua. Marilah sama-sama menelusuri lembaran Sirah SAW supaya dapat diikuti oleh kita dalam meraikan Aidil Fitri.

1-Disunatkan mandi,memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang indah-indah.Diriwayatkan bahawa Nabi SAW memakai Bard Habrah(Pakaian dari Yaman) setiap Hari Raya.Dari Hassan al-Bast katanya : (( Rasulullah menyuruh kami pada 2 hari Raya supaya memakai apa yang paling elok yang kami ada,memakai wangian yang paling elok yang kami ada dan kami korbankan yang terbaik yang kami ada)).


2-Makan sebelum keluar solat pada Aidil Fitri : Disunatkan makan tamar dalam jumlah ganjil sebelum keluar solat Sunat ‘Id.Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas katnya : ((Adalah Nabi SAW tidak akan keluar pada Hari Raya Fitrah sehingga baginda makan buat tamar dengan jumlah ganjil )).Kata Ibnu Qudamah : Tiada khilaf pada hal menyatakan sunat makan sebelum solat pada Hari Raya Fitrah.

3-Solat Sunat ‘Id,bagi lelaki ,wanita juga kanak-kanak ; jelas galakan dari Nabi SAW supaya semua golongan keluar bersolat dan mendengar peringatan dan pengajaran.Sebagai tambahan,ramai dari kalangan ulama’ menyatakan sunat kita keluar solat melalui jalan lain dan pulang melalui jalan yang lain samaada imam atau makmum.Dari Jabir : (( Bawasanya Nabi SAW pada Hari Raya Fitrah,baginda menggunakan jalan yang berlainan)).


4-Mendengar khutbah,walaupun hukumnya hanya sunat sahaja,tetapi kita seeloknya mengambil peluang mendengar pesanan dan peringatan.Sebagaimana Sabda Baginda SAW : (( Kami berkhutbah,jadi barangsiapa yang suka untuk mendengar maka duduklah,dan sesiapa yang suka untuk pulang,maka pulanglah ))-Riwayat an-Nasai,Abu Daud dan Ibnu Majah.


Mengambil ‘ibrah dari tradisi Sahabat dan para Salafussoleh,ingin saya mengucapkan Tahniah kepada semua kerana berjaya menghabiskan ibadah Ramadahan dan Selamat Menyambil Hari Raya :


(( تقبل الله منا ومنك ))


Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.


Hari Raya adalah Hari kegembiraan,maka tidak menjadi kesalahan malah dianjurkan untuk bergembira,mengadakan jamuan makan,berhibur dan sebagainya.Rasulullah sendiri menegur Abu Bakar as-Siddiq apabila beliau tidak bersetuju dengan hamba sahaya yang berhibur semasa hari raya.Lantas Rasulullah SAW menegur dengan menyatakan ((Wahai Abu Bakar,Sesungguhnya bagi setiap puak ada hari raya mereka,dan hari ini adalah Hari Raya kita)).Akan tetapi,di alam kegembiraan perlu ada batasan supaya tidak melampau dan masuk kepada peringkat yang haram dan memudaratkan.Kerana apa yang tidak dibolehkan tetap tidak dibolehkan sekalipun pada hari keraian seperti ini.


Sahabat dan Sahabiah sekalian,


Akhir kalam,banyakkan bertakbir pada hari Raya.Bezakan raya kita dengan raya umat lain.Anjuran dari sabda dan firman ternyata makin kita lupakan.Inilah sesuatu yang perlu kita kembali sinar dan gilapkan.


Sebagai pautan dengan PERDANA secara khusus,saya di kesempatan ini memohon maaf andai terdapat kelemahan dan kesalahan semasa mengemudi bahtera ini,semoga kita terus cekal menempuh ujian tanggungjawab dan amanah sebagai duta-duta kecil Kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan amnya.Wassalam…


****الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرا، الله أكبر ولله الحمد****


Mohd Arubi Ismail
Presiden
Persatuan Darul Naim UIAM (PERDANA UIAM)

4 ME & 4 U