Saturday, November 5, 2011

Selamat hari Raya Aidil Adha dari kami::..





Persatuan Darul Naim UIAM (PERDANA UIAM) mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UIAM serta

buat seluruh umat Islam.. 'Eid Mubarak..:)

Monday, September 19, 2011

Alhamdulillah Kelantan menang lagiii!!


Alhamdulillah kemenangan bergaya bagi Kelantan setelah mengalahkan Sarawak dengan 4-0. Tahniah Kelantan...!! Angin evolusi The Red Warriors telah berjaya menjadikan Sarawak pasukan pertama terkena amukan. Kebangkitan dalam tempoh 5 minit cukup mengembirakan seluruh penyokong The Red Warriors. Gol dijaringkan oleh Mohd Badhri Radzi pada minit ke 87 & 90, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 88 dan Danial Fadzli pada minit ke 89. Tahniah kepada pasukan The Red Warriors. Ayuh jadikan sang lebah mangsa seterusnya evolusi The Red Warriors.

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo!!!

http://youtu.be/rW8scBnw04U



Saturday, March 26, 2011

Rehlah AMAL UIAM & U lain2


Jeram mengaji, selising.
Masa
Sabtu, 30 April at 9:30am - Ahad, 1 May at 12:00pm

Lokasi
Jeram Mengaji, Selising, Pasir Putih, Kelantan

JOM3...!!!
PROGRAM BERLANSUNG 2 HARI 1 MALAM
30/4 - 1/5 2011
DI JERAM MENGAJI, SELISING, PASIR PUTEH, KELATE

SEMUA UNIVERSITI / MATRIK / KOLEJ / DLL BOLEH JOIN ASALKAN DEMO EX
MML-MMP-MP3

BAYRAN RM15 JAH
AJOK SAING2 TUH RAMA2
ADE 100 SEAT LAGI BOLEH DIISI

SILA BERI NAMA, NO FON & ALAMAT RINGKAS KPD :-

BRO PADHLI - 019-3690450
SIS AKMAL - 013-3795993

sebarang pertanyaan sila ke, SINI.

Tuesday, February 15, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Peringkat Negeri Kelantan 1432 H di Masjid Muhammadi Kota bharu


E-mail Print PDF

dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan

dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan

dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan

dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan

dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan

dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan

Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama MAIK - Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Peringkat Negeri Kelantan 1432 H di Masjid Muhammadi Kota Bharu pada 14 Februari 2011, dimulakan dengan solat Maghrib/Isyak berjemaah, cemarah khas Maulidur Rasul, Bacaan Selawat dan jamuan rakyat.

Turut berangkat ke Sambutan Maulidur Rasul tersebut adalah KDYMM Sultan Muhammad V, Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan, Dato Mohammad Yaakod (Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato Haji Husam Musa (Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan) serta exco-exco / saf kepimpinan kerajaan negeri Kelantan dan seluruh rakyat negeri Kelantan dari seluruh pelusuk negeri Serambi Mekah.

Ceramah khas sempena Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Hassan Mahmud A-Hafiz. Bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W turut diadakan. Majlis berakhir dengan jamuan rakyat.


dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan

dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan

dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan

dato-husam-musa-maulidur-rasul-kelantan

sumber: husammusa.com

Wednesday, January 26, 2011

Kelantan kenO lagi ????!!



DENDA penggantungan selama enam bulan ke atas Sathianathan dikekalkan. Keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat jawatankuasa rayuan FAM semalam.


25/1/2011 - BELUM pun saingan Liga Malaysia musim ini membuka tirainya, Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, sudah menerima perkhabaran buruk.

Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hukuman gantung enam bulan ke atas ketua jurulatihnya, B. Sathianathan berkuat kuasa kelmarin.

Keputusan tersebut mengejutkan penyokong setia pasukan The Red Warriors ketika persiapan mereka sudah memasuki fasa terakhir sebelum aksi merebut Piala Sumbangsih antara Kelantan dan Selangor pada 29 Januari ini bermula di Stadium Shah Alam.

Ekoran keputusan tersebut, Kelantan perlu mencari pengganti Sathianathan untuk mengemudi The Red Warriors berikutan penolongnya, Hashim Mustafa hanya mempunyai Lesen Kelas B dan tidak layak mengetuai pasukan.

Penyokong Kelantan menganggap tindakan FAM itu sebagai ‘kurang cerdik’ kerana membuat keputusan pada saat-saat akhir sekali gus menyusahkan pasukan The Red Warriors untuk mencari pengganti yang sesuai.

Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan, Marhasim Mat berkata, keputusan FAM itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menjahanam serta merosakkan moral pasukan bagi menghadapi saingan liga musim ini

“Saya amat kecewa dengan tindakan FAM, kes ini sepatutnya sudah lama diselesaikan dan tidak perlu mengambil tempoh yang lama untuk membuat keputusan.

“Sekiranya kes ini diselesaikan lebih awal, saya yakin dan percaya ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah buat Kelantan dalam mempersiapkan pasukan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Tambahnya, ini merupakan kali ketiga FAM membuat keputusan yang mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan peminat The Red Warriors.

Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebook miliknya mengesahkan, beliau telah menerima surat rasmi daripada FAM mengenai keputusan Jawatankuasa Rayuan badan induk bola sepak itu mengekalkan keputusan ke atas Sathianathan.

Menurut Annuar, pihaknya akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini (semalam) untuk membincangkan masalah tersebut dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas itu.

Kelantan kini dikatakan sedang mengadakan rundingan untuk Azraai Khor Abdullah mengemudi skuad Kelantan.

Friday, January 7, 2011

SUO MATO anok2 klate mendapat sambutan hangat!!!!


6HB JANUARI 2011 - satu pertubuhan anak-anak negeri kelantan di Universiti Islam Antarabangsa malaysia telah mengadakan satu program gilang-gemilang di mana jumlah kehadiran telah melebihi daripada yang dijangkakan oleh pihak urusetia program.

Menurut mantan timbalan pengerusi perdana, Ruzaini 2* berkata, program ini berbeza dari sudut kehadiran berbanding daripada tahun-tahun sebelumnya..

Menu makanan yang disediakan ketika program sangat mendapat sambutan yang hangat daripada hadirin yang hadir..

Sesungguhnya program ini amat bermakna sekiranya ia dimanmanfaatkan sebaiknya daripada kesemua pihak..

sebarang cadangan dan komen berkenaan program ini boleh diusulkan di laman ini.sekian.

4ME N 4U =)