Friday, December 31, 2010

WALI BAND MARGHI KELATE BEB!




Wali Band dibenar buat persembahan di Kelantan

KOTA BHARU, 31 Dis: Anggota kumpulan band terkenal dari Indonesia, Wali Band begitu bersyukur dan berbangga apabila muncul sebagai band pertama yang diberi peluang membuat persembahannya di Negeri Kelantan dalam tempoh 20 tahun.

Salah seorang anggota kumpulannya, Apoi pada sidang medianya melahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan kumpulan mereka bukan sahaja band pertama dari luar negara membuat persembahan, sebaliknya mendahului band dari negara ini sendiri.

Apoi yang bermain gitar seterusnya berharap kumpulan mereka dapat menghiburkan rakyat Kelantan.

“Konsep kami adalah berdakwah, jadi semoga kami dapat berdakwah sambil berhibur,”ujarnya.

Petang semalam anggota ini mengadakan sidang medianya disalah sebuah hotel di sini sempena program mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin.

Empat anggota anak muda ini akan menjayakan Bazaar 4 Gaza di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V malam ini.

Program berkenaan dianjurkan bersama Anjung Tulus, Sekretariat Misi Cakna Palestin dan kerajaan negeri.

Petang ini Wali Band akan bersama para peminat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V.

Friday, December 24, 2010

RM4.9 juta isi Tabung Serambi Mekah...negeri lain??? =)


penggunaan mesin elektronik memudahkan urusan penyaluran sumbangan

KOTA BHARU, 02.Dec - Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim atau lebih dikenali dengan nama Tabung Serambi Mekah hari ini berjaya mengumpul sejumlah RM4.9juta hasil sumbangan orang ramai, korporat, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun.

Majlis Perasmian Pelancaran Kutipan Derma Tabung Serambi Mekah yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mewakil Menteri Besar tersebut turut menyaksikan pelancaran penggunaan Mesin Elektronik bagi penyaluran sumbangan derma iaitu melalui Kad Kredit dan Kad Debit.

Datuk Ahmad ketika merasmikan majlis tersebut berkata kewujudan Tabung Serambi Mekah di awal pemerintahan PAS dulu adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan yang telah berlainan dengan Persekutuan.

Menurut beliau tujuan utama penubuhannya ialah untuk menyalurkan bantuan segera kepada rakyat yang memerlukan terutamanya mereka yang ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, banjir, berpenyakit kronik dan sebagainya.

“Ia juga ditubuhkan bagi diberi peluang kepada seluruh rakyat terutamnya yang berkemapuan untuk bersama-sama kerajaan membantu mereka yang memerlukan dan Alhamdulillah sehingga kini Tabung ini berjalan dengan baik hasil kutipan derma dari orang ramai dan syarikat”ujar beliau.

Beliau juga berkata bagi tempoh kutipan derma tahun 2009 dan dibelanjakan pada tahun ini, keseluruhan jumlah penerimaan ialah RM 3.353 juta dan telah disalurkan kepada pelbagai keperluan seperti mangsa banjir, kemudahan asas, kebakaran dan lain-lain berjumlah lebih kurang RM 2.623juta.

PKINK sumbang RM100 ribu

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seorang hamba Allah yang merupakan anak jati Kelantan dan merupakan usahawan terkenal yang tidak jemu-jemu membantu Tabung Serambi Mekah dalam meneruskan bakti kepada rakyat negeri ini dan tahun ini pula beliau telah menyumbang sejumlah RM3juta”katanya lagi.

Orang ramai masih lagi boleh menyalurkan sumbangan derma melalui akaun yang telah diwujudkan iaitu melaui Akaun Bank Islam – 3018010028774 (sumber halal) dan 3018010045654 (sumber tidak halal).

Tabung tersebut juga dikenali dengan nama Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim telah ditubuhkan pada bulan Febuari 1991 di bawah Seksyen 9 (1) dan 9(3) akta acara kewangan (1957) disemak (1972).

Sementara itu, dua tokoh korporat terkenal di Kelantan Khairul Imran Che Man dan Mohamad Azmadi Fadzil masing-masing menyumbangkan sejumlah RM500 ribu, manakala anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan(PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK) dan Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd telah menyumbangkan sejumlah RM100 ribu setiap satu.

Saturday, December 18, 2010

KELANTAN LAUNCHES DINAR & DIRHAM ON 12TH AUGUST 2010



This is the first time in the last 100 years, since the fall of the Ottoman Caliphate, when a Muslim government introduces Shariah Currency. Indeed there has been four generations of Muslims who have not seen Gold Dinar and Silver Dirham; four generations of Muslims who have been divided into little national reservations and sentenced to permanent robbery first by local, then by international Masters of Riba; four generations of Muslims who haven’t known what is their Deen. The introduction of Gold Dinar and Silver Dirham in the state of Kelantan is not a new idea or experiment, it is the return to the medium of exchange that has been known for 1400 years throughout Dar al-Islam as Money of Shariah taking its legislation from Allah’s Revelation and Rasul’s Sunnah.

Friday, December 17, 2010

Seribu khasiat si BUDU! =)



Mungkin bagi sesetengah orang, budu merupakan satu makanan yang sangat pelik dan melucukan... Mungkin juga bagi seseorang, budu merupakan makanan yang ketinggalan zaman di mana ianya cuma dinikmati oleh golongan warga tua yang tinggal di kawasan kampung dan pedalaman... Ada juga yang ketawa bila aku menulis mengenai makanan tradisional yang digemari oleh rata-rata rakyat Kelantan dan Terengganu ini... Percaya atau tidak, ramai diantara kita tidak tahu mengenai rahsia dan khasiat budu... Ya, budu juga seperti makanan yang lain mempunyai kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri... Bagi warga kota, mereka mungkin tidak tahu akan kebaikan dan keistimewaan makanan ini dan sumbangannya kepada tubuh badan kita...

satu artikel yang ditulis didalam satu laman web dimana penulis telah membuat kajian dan menerangkan mengenai kebaikan memakan budu... Aku; sebagai salah seorang yang dilahirkan dan dibesarkan di kotaraya Kuala Lumpur sendiri merasa takjub dan terkasima bila mengetahui mengenai kebaikan ini... Jadi, mari kita ikuti penjelasan mengenai khasiat memakan budu... Budu merupakan makanan tradisional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram untuk setiap 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.

Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan.

Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan. Jadi, bagaimana?... Percaya atau tidak, budu merupakan makanan berkhasiat yang patut kita nikmati... Aku tidak pasti apa keburukan memakan budu kerana jika ianya merupakan makanan tradisional yang memang sudah lama di makan oleh orang yang terdahulu, tidak mungkin ianya akan memudaratkan kita... Jangan pandang rendah pada makanan yang "ketinggalan zaman" ini kerana sedar atau tidak, makanan sebeginilah yang memberikan kesihatan dan kekuatan kepada kita...

ambo suko budu..demo? =)

4ME & 4U

GAJAH melintas di Jeli.

JELI: Seorang pemuda sempat merakam aksi seekor gajah melangkah penghadang jalan di Kilometer 27 Lebuh Raya Timur Barat berhampiran sempadan Kelantan-Perak, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin. Mat Mazarin Ramlee, 27, yang bekerja sendiri berkata ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas menziarahi saudaranya di Pasir Puteh, Kelantan. Katanya, disebabkan terkejut selepas terserempak dengan kehadiran hidupan liar itu, beliau mengambil keputusan berpatah balik ke Jeli, dan meneruskan perjalanan ke Sungai Petani pagi semalam.

“Saya tidak mahu mengambil risiko meneruskan perjalanan kerana bimbang kemungkinan ada kumpulan gajah lain di hadapan sepanjang jalan raya berkenaan. Saya diberitahu penduduk Jeli yang ditemui, kumpulan gajah liar itu sering melintasi kawasan itu untuk mencari makanan di hutan bersebelahan, terutama pada waktu senja dan malam, malah kadang kala memasuki serta memusnahkan tanaman penduduk kebelakangan ini,” katanya.


Mat Mazarin berkata, pengalaman melihat sendiri haiwan liar itu berada di depannya menjadi kenangan sepanjang hayatnya kerana tidak ramai yang berpeluang menempuh pengalaman berkenaan.


sumber : berita hairan


4ME & 4U