Friday, December 24, 2010

RM4.9 juta isi Tabung Serambi Mekah...negeri lain??? =)


penggunaan mesin elektronik memudahkan urusan penyaluran sumbangan

KOTA BHARU, 02.Dec - Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim atau lebih dikenali dengan nama Tabung Serambi Mekah hari ini berjaya mengumpul sejumlah RM4.9juta hasil sumbangan orang ramai, korporat, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun.

Majlis Perasmian Pelancaran Kutipan Derma Tabung Serambi Mekah yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mewakil Menteri Besar tersebut turut menyaksikan pelancaran penggunaan Mesin Elektronik bagi penyaluran sumbangan derma iaitu melalui Kad Kredit dan Kad Debit.

Datuk Ahmad ketika merasmikan majlis tersebut berkata kewujudan Tabung Serambi Mekah di awal pemerintahan PAS dulu adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan yang telah berlainan dengan Persekutuan.

Menurut beliau tujuan utama penubuhannya ialah untuk menyalurkan bantuan segera kepada rakyat yang memerlukan terutamanya mereka yang ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, banjir, berpenyakit kronik dan sebagainya.

“Ia juga ditubuhkan bagi diberi peluang kepada seluruh rakyat terutamnya yang berkemapuan untuk bersama-sama kerajaan membantu mereka yang memerlukan dan Alhamdulillah sehingga kini Tabung ini berjalan dengan baik hasil kutipan derma dari orang ramai dan syarikat”ujar beliau.

Beliau juga berkata bagi tempoh kutipan derma tahun 2009 dan dibelanjakan pada tahun ini, keseluruhan jumlah penerimaan ialah RM 3.353 juta dan telah disalurkan kepada pelbagai keperluan seperti mangsa banjir, kemudahan asas, kebakaran dan lain-lain berjumlah lebih kurang RM 2.623juta.

PKINK sumbang RM100 ribu

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seorang hamba Allah yang merupakan anak jati Kelantan dan merupakan usahawan terkenal yang tidak jemu-jemu membantu Tabung Serambi Mekah dalam meneruskan bakti kepada rakyat negeri ini dan tahun ini pula beliau telah menyumbang sejumlah RM3juta”katanya lagi.

Orang ramai masih lagi boleh menyalurkan sumbangan derma melalui akaun yang telah diwujudkan iaitu melaui Akaun Bank Islam – 3018010028774 (sumber halal) dan 3018010045654 (sumber tidak halal).

Tabung tersebut juga dikenali dengan nama Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim telah ditubuhkan pada bulan Febuari 1991 di bawah Seksyen 9 (1) dan 9(3) akta acara kewangan (1957) disemak (1972).

Sementara itu, dua tokoh korporat terkenal di Kelantan Khairul Imran Che Man dan Mohamad Azmadi Fadzil masing-masing menyumbangkan sejumlah RM500 ribu, manakala anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan(PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK) dan Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd telah menyumbangkan sejumlah RM100 ribu setiap satu.

No comments:

Post a Comment