Saturday, September 18, 2010

Kelantan Perkenal Konsep ‘Anakku Anakmu’

Assalamualaikum & salam perdana,

KOTA BARU, 17 Sept — Kerajaan Kelantan menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri akan memperkenalkan konsep “Anakku Anakmu” bagi mengukuhkan komuniti di peringkat negeri.


Pengerusi Jawatankuasa berkanaan, Wan Ubaidah Wan Omar berkata langkah itu sebagai salah satu usaha kerajaan negeri dalam membendung gejala sosial, terutama kejadian buang bayi akibat pergaulan bebas membabitkan golongan remaja.


“Konsep yang diperkenalkan ini ‘Anakku Anakmu’ diharap dapat membendung kejadian-kejadian yang tidak diingini dan mengukuhkan lagi komuniti di peringkat negeri,” katanya kepada Bernama hari ini.


Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian sumbangan hari raya kepada fakir miskin dan orang kurang upaya Pertubuhan Isteri-isteri Menteri dan Pegawai Kerajaan (PENAWAR) Negeri Kelantan, di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini.


Menurutnya, konsep ini lebih menjurus kepada matlamat menjayakan konsep atau gagasan 1 Malaysia, yang diwar-warkan kerajaan.


Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kijang, menyarankan kerajaan membuat pemantauan dan kawalan lebih ketat terhadap media elektronik dan cetak daripada menyiarkan bahan-bahan yang boleh menjadi penyumbang kepada kegiatan gejala tidak sihat di kalangan masyarakat. — Bernama


Sumber : The Malaysian Insider

4 ME & 4 U

No comments:

Post a Comment