Thursday, September 9, 2010

Perutusan Aidilfitri Presiden PERDANA UIAM

Assalamualaikum & salam perdana,


Bersesuai dengan Idulfitri pada kali ini saya dengan ini ingin mengucapkan Salam Idulfitri kepada semua warga Kelantan UIAM, terutama kepada barisan kepimpinan PERDANA dan jawatankuasa kerja semua. Salam Kemenangan kepada semua. Maaf Zahiriah dan Batiniah.

Sahabat dan Sahabiah sekalian,

Ramadhan yang kita lalui adalah sebuah sekolah yang mendidik kita dengan beberapa perkara. Antara subjek utama yang telah kita pelajari adalah sifat Taqwa, Ibadah kepada Allah Jalla wa ‘Alla,kesabaran, kasih-sayang dan sebagainya. Jadi disini izinkan diri ini dengan penuh kerendahan hati mengajak semua sahabat handai, rakan dan taulan untuk sama-sama kita teruskan momentum ibadah kita selepas Ramadhan,begitu juga dengan pengajaran i’tibar Ramadhan lain yang telah saya sebutkan. Terkadang kita hanya praktikkan perkara-perkara tersebut hanya pada Ramadhan sahaja, tetapi malangnya setelah berakhir Ramadhan, maka berakhir juga amalan. Ternyata kita beramal hanya kerana Ramadhan bukan tulus kerana Allah Jalla wa ‘Azza. Inilah yang perlu dibaiki. Ulama Tasawwuf yang antaranya Ibnu Rajab al-Hanbali, bilamana berakhirnya ramadhan mereka akan memperingatkan kata-kata ini : ((كن ربانيّ ولا تكن رمضانيّ)) maksudnya : jadilah orang yang beribadah kerana Tuhan bukan kerana Ramadhan.

Aidil Fitri sesungguhnya satu peluang dan ruang untuk kita kembali bersatu dibawah naungan ukhwah dan mahabbah sesama ummah. Konsep maaf-memaafkan yang diterapkan sempena Aidil Fitri perlulah dimaanfaatkan bagi kembali menjernihkan hubungan sekiranya terdapat kerengganan sebelumnya. Di atas dasar meraikan kenyataan Baginda SAW yang menerangkan bahawa : “Setiap anak Adam bersalah/melakukan kesalahan,sebaikkan orang bersalah adalah sesiapa yang memohon keampunan/bertaubat”. Ternyata setiap manusia biasa akan melakukan kesalahan,maka kita perlu memahaminya lantas tidak keberatan untuk mengucap maaf dan memaafkan.

Suka untuk saya kembali memperingatkan kalian tentang amalan-amalan di Aidil Fitri yang mungkin menjadi tazkirah kepada diri sendiri dan semua. Marilah sama-sama menelusuri lembaran Sirah SAW supaya dapat diikuti oleh kita dalam meraikan Aidil Fitri.

1-Disunatkan mandi,memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang indah-indah.Diriwayatkan bahawa Nabi SAW memakai Bard Habrah(Pakaian dari Yaman) setiap Hari Raya.Dari Hassan al-Bast katanya : (( Rasulullah menyuruh kami pada 2 hari Raya supaya memakai apa yang paling elok yang kami ada,memakai wangian yang paling elok yang kami ada dan kami korbankan yang terbaik yang kami ada)).


2-Makan sebelum keluar solat pada Aidil Fitri : Disunatkan makan tamar dalam jumlah ganjil sebelum keluar solat Sunat ‘Id.Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas katnya : ((Adalah Nabi SAW tidak akan keluar pada Hari Raya Fitrah sehingga baginda makan buat tamar dengan jumlah ganjil )).Kata Ibnu Qudamah : Tiada khilaf pada hal menyatakan sunat makan sebelum solat pada Hari Raya Fitrah.

3-Solat Sunat ‘Id,bagi lelaki ,wanita juga kanak-kanak ; jelas galakan dari Nabi SAW supaya semua golongan keluar bersolat dan mendengar peringatan dan pengajaran.Sebagai tambahan,ramai dari kalangan ulama’ menyatakan sunat kita keluar solat melalui jalan lain dan pulang melalui jalan yang lain samaada imam atau makmum.Dari Jabir : (( Bawasanya Nabi SAW pada Hari Raya Fitrah,baginda menggunakan jalan yang berlainan)).


4-Mendengar khutbah,walaupun hukumnya hanya sunat sahaja,tetapi kita seeloknya mengambil peluang mendengar pesanan dan peringatan.Sebagaimana Sabda Baginda SAW : (( Kami berkhutbah,jadi barangsiapa yang suka untuk mendengar maka duduklah,dan sesiapa yang suka untuk pulang,maka pulanglah ))-Riwayat an-Nasai,Abu Daud dan Ibnu Majah.


Mengambil ‘ibrah dari tradisi Sahabat dan para Salafussoleh,ingin saya mengucapkan Tahniah kepada semua kerana berjaya menghabiskan ibadah Ramadahan dan Selamat Menyambil Hari Raya :


(( تقبل الله منا ومنك ))


Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.


Hari Raya adalah Hari kegembiraan,maka tidak menjadi kesalahan malah dianjurkan untuk bergembira,mengadakan jamuan makan,berhibur dan sebagainya.Rasulullah sendiri menegur Abu Bakar as-Siddiq apabila beliau tidak bersetuju dengan hamba sahaya yang berhibur semasa hari raya.Lantas Rasulullah SAW menegur dengan menyatakan ((Wahai Abu Bakar,Sesungguhnya bagi setiap puak ada hari raya mereka,dan hari ini adalah Hari Raya kita)).Akan tetapi,di alam kegembiraan perlu ada batasan supaya tidak melampau dan masuk kepada peringkat yang haram dan memudaratkan.Kerana apa yang tidak dibolehkan tetap tidak dibolehkan sekalipun pada hari keraian seperti ini.


Sahabat dan Sahabiah sekalian,


Akhir kalam,banyakkan bertakbir pada hari Raya.Bezakan raya kita dengan raya umat lain.Anjuran dari sabda dan firman ternyata makin kita lupakan.Inilah sesuatu yang perlu kita kembali sinar dan gilapkan.


Sebagai pautan dengan PERDANA secara khusus,saya di kesempatan ini memohon maaf andai terdapat kelemahan dan kesalahan semasa mengemudi bahtera ini,semoga kita terus cekal menempuh ujian tanggungjawab dan amanah sebagai duta-duta kecil Kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan amnya.Wassalam…


****الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرا، الله أكبر ولله الحمد****


Mohd Arubi Ismail
Presiden
Persatuan Darul Naim UIAM (PERDANA UIAM)

4 ME & 4 U

No comments:

Post a Comment